Beli Telefon Pintar dengan Rebat RM200 di bawah
Pakej Komunikasi Belia
PUTRAJAYA 2 Januari 2013 --- Jemaah Menteri bersetuju para belia dalam
lingkungan umur 21 hingga 30 tahun dan berpendapatan RM3,000 ke bawah
mulai bulan ini bolehlah menawarkan untuk membeli apa jua telefon pintar
dengan rebat RM200.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri
Utama Dr Rais Yatim mengumumkan selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet
kementeriannya.
Prinsip " SIAPA CEPAT DIA DAPAT "Skim di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) ini selaras dengan ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak pada September yang lalu.
PKB dilaksanakan oleh tujuh syarikat komunikasi iaitu Celcom, Maxis, Digi, Clixster,
Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications dengan koordinasi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Pihak yang menjadi penjual atau peruncit dikenakan syarat harga patut. Para belia yang telah berdaftar juga dinasihatkan supaya membuat pilihan dengan bijak, meninjau pasaran
terlebih dahulu dan membeli peranti pilihan berdasarkan tahap kemampuan
masing-masing.
Pendaftaran dilakukan secara dalam talian dari pukul 7:00 pagi hingga 11:00 malam setiap hari. Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-4040 dari pukul 8:30 pagi
hingga 5:30 petang Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum.