Thursday, 19 September 2013

AKU YANG BARU BUKANLAH YANG DULU

AKU UBAH SUAI SIKIT LIRIK LAGU TEGAR( AKU YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG )
AKU SUKA LIRIK DIA.

 AKU DAPAT IDEA SIKIT-SIKIT JE..

BERMULANYA KISAH HIDUP DIRIKU,
YANG SENANG KU CERITAKAN KISAH DULU,

MULA-MULA KU SUSAH SEKARANG KU SENANG,
BAHAGIA HIDUPKU SEKARANG.

CITA-CITAKU MENJADI ORANG KAYA ,
KALU BOLEH AKU NAK JADI KAYA RAYA,
DULU KU SUSAH SEKARANG KU BAHAGIA,
BAHAGIA HIDUPKU TAK TERKATA.

HIDUPKU DULUNYA SEORANG PENJUAL,
BANYAK BARANG DAH AKU TERJUAL,
MENGEJAR CITA-CITA PALING MULIA,
MEMBERI KEGEMBIRAAN KELUARGA.

HATIKU DULU TAK SENANG SENTIASA,
KERANA HUTANG DISINI SANA,
TETAPI AKU TAK BERPUTUS ASA,
PASTINYA ALLAH BERI JALANNYA.


INTRO

HIDUPKU DULU NYA SEORANG PENJUAL,
BANYAK BARANG DAH AKU TERJUAL,
MENGEJAR CITA-CITA PALING MULIA,
MEMBERI KEGEMBIRAAN KELUARGA.

HIDUPKU DULU NYA SEORANG PENJUAL,
BANYAK BARANG DAH AKU TERJUAL,
MENGEJAR HUTANG DISINI SANA,
BERSYUKUR DAPAT BAYAR SEMUANYA.

DAHULU KERJA TAK PAKAI PEKERJA,
TERPAKSA AKU BEKERJA SENDIRI,
BERSUSAH DULU BERSENANG KEMUDIAN,
PASTINYA ALLAH BERI JALANNYA.

CITA-CITAKU MENJADI ORANG KAYA HOI!!
KALU BOLEH AKU NAK JADI KAYA RAYA,
DULU KU SUSAH SEKARANG KU BAHAGIA,
BAHAGIA OOOO,
BAHAGIA HIDUPKU TAK TERKATA.

THE END

TUJUH LANGKAH UNTUK BELAJAR MEMASAK???

SIAPA YANG HARUS DIPERSALAHKAN ANDAI REMAJA PEREMPUAN TIDAK TAHU MASAK BERBANDING LELAKI YANG DIKATAKAN LEBIH HEBAT...

Tiga benda je yang mereka tahu , masak telur goreng, meggi, nasi ..itupon kalu bernasib baik ok..

1) RUJUKAN
TERDAPAT PELBAGAI RUJUKAN SAMA ADA DI INTERNET, BUKU RESEPI, SURAT KHABAR DAN LAIN-LAIN

2) BERANI
JANGAN BIMBANG ANDAI ORANG CUBA MEMBERI REAKSI YANG NEGATIF TERHADAP MASAKAN ANDA. CUBA IMPROVISASIKAN MASAKAN KITA DENGAN MEMPELBAGAIKAN RENCAH DALAM MASAKAN DAN JANGAN TERLALU BERHARAP PADA BAHAN YANG SAMA.

3) KELAS MEMASAK
REMAJA BOLEH MENGIKUTI KELAS MEMASAK JIKA TIDAK PERCAYA PADA DIRI SENDIRI DI DAPUR. JIKA KITA TIDAK PASTI BOLEH LAH KITA BERTANYA PADA GURU KELAS MEMASAK NANTI.

4) ALAT MESIN MEMASAK
DI PASARAN TERDAPAT BANYAK MESIN CONTOH MESIN CILI, MESIN DOH, MESIN KEK. SEMUA MESIN INI DAPAT MEMUDAHKAN ANDA DAN MEMPERCEPATKAN MASA.

5) LANGKAH PERTAMA
APABILA KITA SUDAH PANDAI MEMASAK, CUBA MASAKAN YANG BIASA-BIASA DAHULU DAN RINGKAS UNTUK DISEDIAKAN. NAMUN JANGAN MUDAH MENYERAH KALAH HANYA SEBERAPA KESALAHAN AWAL.

6) PEMBUKA SEMANGAT
JIKA ADA RAKAN DAN ADIK BERADIK AJAK MEREKA MENCUBA MASAKAN ANDA. APABILA MEREKA MEMBERIKAN SEMANGAT  ATAU PANDANGAN TERHADAPA MASAKAN ANDA, SEDIKIT SEBANYAK DAPAT TINGKATKAN LAGI MUTU MASAKAN ANDA.

7) TIDAK BERPUTUS ASA
JIKA MASAKAN ANDA KURANG MEMUASKAN JANGAN BERPUTUS ASA. BELAJAR TEKNIK-TEKNIK MEMASAK YANG BETUL BERSAMA KELUARGA JUGA BOLEH MEMBANTU ANDA.

Monday, 9 September 2013

HIDUP BERJIRAN

Melihat sendiri fenomena hari ini di sekitar tempat tinggal di ibu kota, semangat kejiranan kian terhakis. tidak keterlaluan jika dikatakan gaya hidup setengah masyarakat hari ini semakin mementingkan diri sendiri.
ajaran islam turut menitikberatkan hubungan kejiranan malah dalam aspek kejiranan, kita diwajibkan untuk mengekalkan hubungan baik dan mesra.

kelebihan hidup berjiran

bantuan ketika kecemasan 
-
disebabkan jiran dianggap orang yang paling rapat dengan kita . justeru apabila berlaku bencana seperti kebakaran, kecurian, dan sebagainya kita akan mendapatkan jiran untuk meminta tolong..

menambah kenalan
- jika kita mempunyai hubungan baik dengan jiran, ia membolehkan kita berkongsi idea dan nasihat bagi memperbaiki atau mengatasi masalah yang dihadapi.

menjamin keselamatan
- perpaduan sesama jiran akan menjamin keselamatan kawasan setempat. keselamatan kawasan sekitar tempat tinggal dapat dipantau bersama-sama untuk mengelakkan perkara yang tak dingini.

menjaga keharmonian
- mengelakkan gejala sosian yang tidak dingini berlaku seperti mendera anak, berkhalwat, lari dari rumah, dan masalah jenayah lain dapat dibendung jika masing-masing menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Wednesday, 28 August 2013

PETUA KETIAK BERKARAT

isu ketiak basah kebiasaannya pada golongan muda baik perempuan atau lelaki..BAU??? sudah tentu tetapi saya ingin kongsikan sidikit cara untuk mengelakkan masalah ketiak hitam..

ikuti langkah membuang peristiwa ngeri ni daripada hidup anda dengaan mengikuti langkah secara tradisional...


1) LIMAU + KAPUR SIRIH
perah sebiji limau nipis dan cmpurkan dengan sedikit kapur sirih. sapukan di bawah ketiak dan biarkan 15minit  sebelum dicuci dengan air bersih. lakukan 3x seminggu.

2) BUAH BETIK
parut buah betik yang hampir masak sehingga halus. letakkan ramuan ini di ketiak selepas anda mandi dan biarkan beberapa minit. bilas dengan air. lakukan secara kerap, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.

3) SIRIH + BERAS
kisar segenggam beras sehingga halus. tumbuk beberapa helai daun sirih sampai lumat. campurkan kedua-duanya tadi biar sebati. sebelum mandi, lumurkan dulu campuran tadi di ketiak atau celah2 peha. kemudian gosok ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang dilumur tanggal daripada badan. petua ini bukan saja menjadikan kulit badan anda halus malah ia membantu menanggalkan daki dan kesan hitam.

SELAMAT MENCUBA!!
USAHA TANGGA KEJAYAAN..INSHAALLAH IA BERKESAN!!

Friday, 23 August 2013

TANDA -TANDA ANDA DITINGGALKAN KEKASIH

TANDA-TANDA ANDA BAKAL DITINGGALKAN KEKASIH..

1)  Bila nak  ajak keluar berdua-duaan..pelbagai alasan diberikan.

2)  Gambar anda tidak lagi menjadi barang berharga di dalam dompet atau bilik tidurnya.

3)  Bila keluar mula buat mimik muka yang tak senang.

4)  Sudah tidak ada panggilan manja2 seperti sayang, honey, baby dan lain2..


5)  Lebih banyak isyarat mengangguk dan menggelengkan kepala bila disoal.

6)  Tangan sentiasa melayan telefon dan ada saja mesej masuk dalam telefon miliknya.

7)  Waktu yang paling seronok apabila berjauhan dengan anda dan perwatakannya juga berubah daripada pendiam kepada lebih periang.

8)  Selalu mencari alasan untuk bergaduh dengan anda.

9)  Sentiasa gelisah dan tengok jam apabila bersama dengan anda.

itu saja yang dapat saya kongsikan kepada pembaca..

Friday, 22 March 2013

orang makan kucing

KUCING HARUS DILINDUNGI

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) perlu memberi perhatian serius terhadap kes warga asing makan kucing.

Pihak berkuasa perlu mengambil perhatian terhadap isu ini. Isu memakan kucing bukan perkara normal di negara kita.

Undang-undang khusus berkaitan kes seumpama ini perlu diwujudkan bagi melindungi haiwan eksotik yang lain misalnya Musang Pandan.

Pihak berkuasa jangan sambil lewa. Perkara ini nampak ringan tetapi melibatkan sensitiviti rakyat kita yang sememangnya menentang warga asing memakan kucing domestik.

Tindakan wajar dan setimpal perlu dilaksanakan melalui akta atau cara perundangan khas bagi melindungi bukan sahaja kucing tetapi semua jenis haiwan.

Sebagai komuniti belia memperjuangkan nasib haiwan untuk mengawal populasi seperti kucing dan anjing di dalam kawasan tertentu.

Serentak dengan itu, saya berharap orang awam bantu sebarkan maklumat kes orang memakan kucing. Orang ramai juga boleh membuat aduan pada setiap program SCRATCH atau pun melaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar berdekatan .

Kesimpulan yang dapat saya bagi adalah "ia budaya peribadi milik warga asing tetapi bukan nilai budaya masayarakat kita.

Friday, 1 March 2013

Laporan terkini dari Lahad Datu, Sabah

1 MARCH 2013

3 Komando Polis 69 - Terkorban


5 Polis - Cedera Parah

10 Penceroboh - Ditembak Mati

1 dari 10 Penceroboh Yang Mati - Adalah Wanita (Cuba

Menyerang Menggunakan Parang)

10 Penceroboh lagi - Menyerah Diri

Lain-lain Penceroboh - Melarikan diri dan berlari ke pantai tanpa arah.

Sidang Akhar diadakan oleh Ketua Polis Negara pada jam

5.00 Petang ini. Berita secara rasmi akan diberitahu melalui
Sidang Akhbar ini.


Sinopsis :

- Penceroboh yang mendakwa dari Keluarga Sultan Sulu menuntut Sabah dari Malaysia.
- PBB tak sahkan Askar Sulu itu sebagai persatuan yang sah.
- Presiden Filipina meminta adik bongsunya yang bersama penceroboh tersebut pulang semula ke negara asal atau bersedia menerima tindakan dari Pasukan Keselamatan Malaysia.
- Malaysia mengadakan rundingan agar penceroboh beredar dari sabah tanpa apa-apa kekerasan,
- Tempoh diberi. Namun Sultan "Sulu" berkeras tidak berganjak dan rela bertempur.
- Pagi, 1 Mac 2013. Penceroboh serang hendap pos kawalan Polis Komando 69 dengan melancarkan serangan Mortar. 2 Vet 69 terkorban, 5 cedera parah.
- Polis 69 dan PGA menggempur kubu Penceroboh.

Al Fatihah dan takziah.


Moga negara kita Aman dan Sejahtera serta Dirahmati Allah. Amin.