Friday, 22 March 2013

orang makan kucing

KUCING HARUS DILINDUNGI

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) perlu memberi perhatian serius terhadap kes warga asing makan kucing.

Pihak berkuasa perlu mengambil perhatian terhadap isu ini. Isu memakan kucing bukan perkara normal di negara kita.

Undang-undang khusus berkaitan kes seumpama ini perlu diwujudkan bagi melindungi haiwan eksotik yang lain misalnya Musang Pandan.

Pihak berkuasa jangan sambil lewa. Perkara ini nampak ringan tetapi melibatkan sensitiviti rakyat kita yang sememangnya menentang warga asing memakan kucing domestik.

Tindakan wajar dan setimpal perlu dilaksanakan melalui akta atau cara perundangan khas bagi melindungi bukan sahaja kucing tetapi semua jenis haiwan.

Sebagai komuniti belia memperjuangkan nasib haiwan untuk mengawal populasi seperti kucing dan anjing di dalam kawasan tertentu.

Serentak dengan itu, saya berharap orang awam bantu sebarkan maklumat kes orang memakan kucing. Orang ramai juga boleh membuat aduan pada setiap program SCRATCH atau pun melaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar berdekatan .

Kesimpulan yang dapat saya bagi adalah "ia budaya peribadi milik warga asing tetapi bukan nilai budaya masayarakat kita.

No comments:

Post a Comment